Wednesday, June 13, 2012

BolaKini

Sekarang ni Aku admin baru untuk page BolaKini. Hehe. Kepada yang berminat nak dapatkan info-info terbaru bola sepak, dipersilakanlah like ye.

http://www.facebook.com/BolaKini

Sunday, June 10, 2012

Cuti, Kahwin dan Tanggungjawab


Cuti sebulan. Lama kan? Biasanya kalau kawan-kawan aku yang jenis homesick tu memang tersangatlah hepi dan ceria menunggu kedatangan cuti. Aku? Biasa-biasa saja, bagi aku tiada yang istimewa cuti ni melainkan balik makan masakan Ibu dan tak payah risau pasal masalah duit (buat sementara waktu).

Aku nak cerita sikit pasal tempoh hari. Kami satu family ke Kuantan atas permintaan kawan Ibu untuk menumpang rumah sewa Ayah di Kuantan atas urusan pertunangan anaknya (untuk makluman Ayah sekarang bekerja di Kuantan, ulang-alik hujung minggu). Dipendekkan cerita sampailah kami semua ke rumah pihak perempuan. Aku, Ayah dan Adik memang tak masuk dalam, segan. Sambil-sambil urusan perbincangan pertunangan tu berjalan, Ayah pun buka cerita.



"Kau nak kahwin nanti Along, kau guna duit sendiri. Ayah tak nak keluarkan satu sen pun duit untuk kau,"

Aku diam. Aku percaya Ayah ada rasional sendiri tapi aku tak tanya, saja biarkan Ayah yang bercerita.


"Kau cuba fikir. Kalau semua benda senang-senang dapat, for sure kau akan ambil mudah pasal perkahwinan. Ye lah, ada orang bagi duit kan. Cerai pun tak apa, Nanti mak ayah boleh kasi duit, kahwin lagi sekali,"

Aku mengangguk saja. Memang betul cakap Ayah. Kalau kau orang tengok, kahwin zaman sekarang senang-senang tak sampai dua-tiga bulan, cerai. Memang tak hargai nilai perkahwinan sebab senang dapat duit, mak ayah boleh sponsor. Kalau tak pun, pinjam bank buat loan, lepas tu dah beranak-pinak pun hutang tak habis keliling pinggang. Ayah tambah lagi, kahwin atas dasar cinta saja tak guna. Kena ingat, masuk alam perkahwinan bukanlah suatu perkara yang suka-suka dan untuk seronok-seronok, tapi perkahwinan sebenarnya adalah sesuatu petanda yang Korang dah bersedia untuk menerima tanggungjawab, untuk sara anak-bini.

Aku tak nafikan menyegerakan perkahwinan adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Tapi aku cadang untuk kawan-kawan yang dah meroyan nak kahwin awal (terutama lelaki) untuk fikir panjang-panjang. Kau nak kahwin, tapi cincin mak Kau beli, kenduri abah Kau sponsor, dan sebagainya lah. Adakah ini bermaksud Korang ni dah betul-betul bersedia untuk tanggung isteri Korang, atau di masa hadapan tanggung keluarga Korang? Atau nanti esok-lusa tak ada duit Korang nak mintak mak ayah Korang lagi? Dengan tuntutan masa kini yang boleh habiskan duit gaji korang dalam masa sehari je?

Kalau Korang ni memang anak Lord, tu lain cerita lah. Tapi fikirkan, sampai ke kahwin pun masih tak keluar bayangan mak ayah lagi. 

p/s : Tengah tengok2 excercise afterburner. Konon nak 6-pax. LOL

Monday, May 28, 2012

Bogel Menuju Tuhan

Dah lama sungguh blog ni tak berusik kan? Berhabuk dah pun. Haha. Sedar tak sedar dah berapa lama aku tak tulis blog. Dan bila aku baca previous post aku, aku tergelak sorang-sorang. Betapa tak matangnya aku pada suatu masa dulu. Haha. Sangat keanak-anakan.

Aku kembali menulis bukan untuk meratapi masa yang silam. Tapi aku akan cerita serba sedikit tentang hidup aku sekarang. Aku dah ada lesen motor, tapi aku tak ada motor, dan aku juga bukan mat rempit. Aku diambang cuti semester akhir semester 5. Dah tak jauh dari alam pekerjaan. Recently aku terima borang penempatan posting. Masih tak berapa nak clear ke mana arah tuju. Tak kisah lah. Balik ni bincang dengan family. Ape-ape pun penempatan tu tak menyusahkan hidup aku lagi pun dah cukup ok.

Hidup ni tak semestinya indah. Yep. Kenyataan yang tepat. Tapi Allah takkan uji kita kalau Dia tahu yang kita tak boleh hadapinya. Aku sangat pegang kuat pada kata-kata emas ni. Biar lah apa orang nak kata, apa nak jadi-jadilah.

p/s : Rukun Iman ke-6

Monday, March 7, 2011

Ukay's - Seksa

Kemana bintang beribu
Di malam ini
Tiada satupun yang kelihatan
kecuali kelam

Mungkinkah hujan kan turun
Menemani malam
Makin sepilah malam ku ini
Tiada teman bicara

Walaupun lenaku panjang
Tiada mimpi bertandang
Menghitung hari berlalu
Seksanya aku

Walaupun masih teringat
Kau jauh entah dimana
Sudahnya ku duakanmu

Dan tak ku duga kau jelma pula
Menagih lagi janji lama
Sukar bagiku untuk terima
Kehadiranmu untuk bersama
Kali kedua

Tak perlu kau menjelma lagi
Nyata atau mimpi
Kerna bagiku
Semua yang berlaku
Biarkan berlalu
Jangan pula nanti
Kau salahkan aku
Kerna meninggalkanmu

Sunday, February 20, 2011

Hutang oh Hutang...

Singh - rm 50
Gorgo - rm 40
zul - rm 20
etiqa takaful - rm 70
broadband celcom - rm 52
hutang mak cik kedai makan - rm 70
fotostat segala buku - rm 70
karipap meeting persatuan skill lab (hidayah hussein) - rm 40
MENJADIKAN JUMLAH HUTANG BULAN INI = RM 412.

Sekian terima kasih

p/s : nak menangis tengok jumlah yang melambak

Thursday, February 17, 2011

Bosan Gile Hidup

Bosannya.. Dengan bilik bersepah tak kemas (kenyataan jujur :D) Haha. Hari ni baru tau tarikh exam. Pergh! memang mantap! Berduyun-duyun kot! Kena lah study :'( Macam mana la aku nak buat pertandingan PES macam ni. Adoyai.

Minggu depan hari khamis inshaAllah pelatih-pelatih Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar nak buat so-called "Lawatan Mesra" kat kolej kitorang. Tak pasal-pasal kena main kompang. Duhh. Nasib baik elaun dah masuk. Tak sabarnya!

p/s : tiba-tiba minat lagu Slam.

Tuesday, February 15, 2011

Aku.Dan.Hanya.Aku

Lama tak tulis blog. Well a lot happened selama aku tak tulis blog ni. Aku dah sendiri, tak punya apa-apa kecuali roomate, kawan-kawan dan ibu ayah (means aku dah single + pokai :P).Tapi aku hepi. A lot of things yang aku boleh buat, dan tak ada siapa nak halang aku. Mungkin ini nikmatnya single.Tapi yang bikin parah sekarang nak tunggu next elaun (khamis minggu depan, 24/2). Aku dah langsung tak ada duit. All the thanks buat rumet aku Zahir Irham. Kenapa? Dia ni tak lokek belanja aku bila aku susah. Aku tak mengharap, tapi bila aku senang memang aku tak lupa kengkawan yang susah. Dan bukan aku nak bangga, tapi tadi pergi perarakan maulud nabi, aku rembat kfc free 2 kotak, satu bagi rumet (bangga haha)

Oh ya! Selamat menyambut Maulidur Rasul untuk semua kawan-kawan yang beragama muslim. Dan semua cerita berkenaan Hari Valentine ni aku tak ambil peduli pun, bukan ada orang nak celebrate dengan aku pun. Haha. Bukan camtu la, aku memang tak sambut pun Hari Valentine ni oke? -.-"

Hutang kali ni agak kritikal. Bulan depan saja aku ada hutang rm 400 nak selesaikan. Dan aku janji dengan diri sendiri rm 200 yang lebih tu aku nak buat duit untuk belanja makan sahaja. Muka aku dah macam longkang, nak makan pun berhutang. Segan gila beb. Tiap-tiap bulan pun macam ni. Dah la. Aku dah tak ada ikatan apa-apa lagi melainkan bil berukband dan etiqa takaful. InshaAllah lepas ni cukuplah duit aku untuk aku, dan hanya aku sahaja.

Exam bulan depan dah dekat. Study bos! Jangan main-main! Sem ni nak dapat pointer tinggi inshaAllah. Oh! Terlupa. Aku nak buat lesen moto, maybe next month kut. Dan nak kumpul duit beli Ex5 sebijik. Weee~

p/s : bosan sendiri tapi lebih baik dari bosan dikongkong