Tuesday, February 15, 2011

Aku.Dan.Hanya.Aku

Lama tak tulis blog. Well a lot happened selama aku tak tulis blog ni. Aku dah sendiri, tak punya apa-apa kecuali roomate, kawan-kawan dan ibu ayah (means aku dah single + pokai :P).Tapi aku hepi. A lot of things yang aku boleh buat, dan tak ada siapa nak halang aku. Mungkin ini nikmatnya single.Tapi yang bikin parah sekarang nak tunggu next elaun (khamis minggu depan, 24/2). Aku dah langsung tak ada duit. All the thanks buat rumet aku Zahir Irham. Kenapa? Dia ni tak lokek belanja aku bila aku susah. Aku tak mengharap, tapi bila aku senang memang aku tak lupa kengkawan yang susah. Dan bukan aku nak bangga, tapi tadi pergi perarakan maulud nabi, aku rembat kfc free 2 kotak, satu bagi rumet (bangga haha)

Oh ya! Selamat menyambut Maulidur Rasul untuk semua kawan-kawan yang beragama muslim. Dan semua cerita berkenaan Hari Valentine ni aku tak ambil peduli pun, bukan ada orang nak celebrate dengan aku pun. Haha. Bukan camtu la, aku memang tak sambut pun Hari Valentine ni oke? -.-"

Hutang kali ni agak kritikal. Bulan depan saja aku ada hutang rm 400 nak selesaikan. Dan aku janji dengan diri sendiri rm 200 yang lebih tu aku nak buat duit untuk belanja makan sahaja. Muka aku dah macam longkang, nak makan pun berhutang. Segan gila beb. Tiap-tiap bulan pun macam ni. Dah la. Aku dah tak ada ikatan apa-apa lagi melainkan bil berukband dan etiqa takaful. InshaAllah lepas ni cukuplah duit aku untuk aku, dan hanya aku sahaja.

Exam bulan depan dah dekat. Study bos! Jangan main-main! Sem ni nak dapat pointer tinggi inshaAllah. Oh! Terlupa. Aku nak buat lesen moto, maybe next month kut. Dan nak kumpul duit beli Ex5 sebijik. Weee~

p/s : bosan sendiri tapi lebih baik dari bosan dikongkong

No comments:

Post a Comment